Phone For Your Parent..

Posted by Mr Korie | | Posted on 7:19 AM

0


Phone ini mungkin berguna kepada anda yang mempunyai ibu bapa yang kurang sihat atau tak pandai nak guna phone yang sikit "complicated". Phone ini lebih dikenali sebagai Apogee AP102 dan AP201 ialah telefon bimbit yang direka khusus untuk orang tua yang dikeluarkan oleh Walton Chaintech Corporation. Ia mempunyai ukuran keypad yang 3 kali lebih besar berbanding dengan telefon bimbit biasa.Ia mempunyai rington yang kuat dengan sistem LED untuk pencahayaan. Setiap baris pada paparan skrinnya hanya memaparkan 12 karakter sahaja. Setiap kali keypad ditekan, telefon ini akan menyatakan nombor yang ditekan. Selain dilengkapi dengan radio FM, telefon ini juga mempunyai butang kecemasan yang akan mengeluarkan suara yang kuat untuk menarik perhatian sekeliling. Ia kemudian akan menghantar mesej SOS kepada 4 nombor yang telah ditetapkan dan akan menghubungi nombor-nombor tersebut. Jadi, ia mungkin sikit sebanyak dapat membantu anda jika ibu bapa anda berada dalam kecemasan.

sumber: http://en.ocworkbench.com

1001 Kisah Teladan

Posted by Mr Korie | | Posted on 8:16 PM

0

1001 kisah teladan boleh download kat link dibawah. mudah-mudahan ia memberi manfaat kearah membina kehidupan yang lebih berguna.

http://www.mediafire.com/?5ffar285ab3pj3h

Coretan :Jiwa bersih

Posted by Mr Korie | | Posted on 7:37 AM

0


Kehidupan sebagai seorang muslim yang ingin berjaya di dunia dan di negeri akhirat memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Pelbagai ujian akan ditempuhi. Sabar kita, kuat kita, iman kita menjadi penentu kehidupan kita seterusnya.

Allah maha Bijaksana, Firman Allah " Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Al-Furqan 20,

Orang dulu-dulu di uji dengan lebih dahsyat untuk melihat siapa yang beriman dan siapa yang berdusta. Kita hari ini hanya di uji dengan perkara remeh temeh pun sudah tersungkur ke lubang neraka.

Apa yang menjadi subjek utama masalah pada dalam masyarakat kita hari ini ialah IMAN, lemah dan nipis, kurang baja dan vitamin (Tazkiyatu Nafs) . Memang iman kita ada turun naik berbeza dengan para Nabi dan rasul yang sentiasa meningkat, iman para Malaikat yang tetap tidak pernah kurang. Akan tetapi, apakah usaha-usaha kita, ikhtiar kita, pengisian kehidupan kita yang boleh meningkatkan Iman kita yang telah kita lakukan.

Tiada, Kehidupan kosong, Berfoya, sikit ingat, ramai lupa. Kadang-kadang diingatkan, tapi tetap dilupakan, kerna kehidupan yang sementara terlalu kuat dan tergoda...

" Allahumma ahyiina bil iman, Waamitna bil iman "