Phone For Your Parent..

Posted by Mr Korie | | Posted on 7:19 AM


Phone ini mungkin berguna kepada anda yang mempunyai ibu bapa yang kurang sihat atau tak pandai nak guna phone yang sikit "complicated". Phone ini lebih dikenali sebagai Apogee AP102 dan AP201 ialah telefon bimbit yang direka khusus untuk orang tua yang dikeluarkan oleh Walton Chaintech Corporation. Ia mempunyai ukuran keypad yang 3 kali lebih besar berbanding dengan telefon bimbit biasa.Ia mempunyai rington yang kuat dengan sistem LED untuk pencahayaan. Setiap baris pada paparan skrinnya hanya memaparkan 12 karakter sahaja. Setiap kali keypad ditekan, telefon ini akan menyatakan nombor yang ditekan. Selain dilengkapi dengan radio FM, telefon ini juga mempunyai butang kecemasan yang akan mengeluarkan suara yang kuat untuk menarik perhatian sekeliling. Ia kemudian akan menghantar mesej SOS kepada 4 nombor yang telah ditetapkan dan akan menghubungi nombor-nombor tersebut. Jadi, ia mungkin sikit sebanyak dapat membantu anda jika ibu bapa anda berada dalam kecemasan.

sumber: http://en.ocworkbench.com

Comments (0)

Post a Comment